Saturday, February 20, 2010

Mari mengulangkaji

Rukun Islam ada lima pekara :
1) Mengucap dua kalimah Syahadah
2) Mendirikan Solat lima waktu sehari semalam
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Mengeluarkan Zakat
5) Menunaikan Haji ke Baitullah jika mampu

Rukun Iman
Iman adalah keyakinan dalam hati, diucapkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan
1) Percaya kepada Allah S.W.T
2) Percaya kepada Malaikat
3) Percaya kepada Kitab
4) Percaya kepada Rasul
5) Percaya kepada Hari Kiamat
6) Percaya kepada Qada' dan Qadar

Sifat 20 : Sifat-sifat wajib bagi Allah S.W.T
1) Wujud = ada
2) Qidam = terdahulu
3) Baqa = Kekal
4) Mukhalafatuhu lilhawadis = Tidak sama dengan yang baru
5) Qiyaamuhu binafsih = berdiri sendiri
6) Wahdaniyah = Satu @ tunggal
7) Qudrat = Kuasa
8) Iradah = Menentukan
9) Imu = Tahu
10) Hayat = Hidup
11) Samaq = Mendengar
12) Bashar = Melihat
13) Kalaam = Berkata-kata
14) Qadiran = Berkuasa
15) Muridan = Menentukan
16) Aliman = Mengetahui
17) Hayyan = Hidup
18) Sami'an = Mendengar
19) Bashiran = Melihat
20) Mutakalliman = Berkata

Benar, apa yang tercatat ini adalah asas kepada Islam dengan kiasan adalah tunjung pokok dalam Islam. Tetapi sejauh manakah kita memahami perkara asas dan pokok dalam Islam, rasanya ramai juga ahli-ahli politik tak kira PAS atau UMNO perlu kembali meneliti pekara pokok ini, bagi benar-benar memahami aspirasi Islam dalam perjuangan

Thursday, February 18, 2010

Siapa yang terdesak sebenarnya ? Perjuangan Agama dan Bangsa atau Perjuangan UMNO. Aku ada mengikuti Program Lawatan Kerja satu Ahli Parlimen Barisan Nasional ke sebuah sekolah menengah dan biasalah aku suka duduk dibelakang-belakang untuk mendengar komen orang ramai. Dan dua orang tenaga pengajar yang aku kira-kira seorang tu ustaz dan seorang tu cikgu biasa. Cikgu biasa tu kata “ Saya tak suka program-program macam nie”. Dan ustazz tu pula menjawab “Aku rasa UMNO nie dah terdesak tu yang buat program turun padang macam nie”. Aku rasa jengkelnya pemikiran dua orang insan yang bergelar pendidik. Malah aku lihat seorang demi seorang guru-guru lelaki yang berketayap putih beransur-ansur keluar dewan. Ahli Parlimen tu mewakili kerajaan membuat lawatan ke sekolah untuk kepentingan pelajar-pelajar yang putaranya beragama Islam dan berbangsa melayu. Usaha dilakukan untuk kepentingan para pelajar malah yang aku dengar Sekolah tu adalah dalam kawasan Kampung halaman YB tersebut. Ini adalah satu kisah terpencil yang kebetulan aku sendiri lihat Aku rasa yang terdesak sebenarnya adalah Islam dan Melayu. Sangat terdesak kerana memiliki warga pendidik yang berpemikiran sempit.
Aku rasa kalau YB tu datang ke sekolah cina sambutan yang diberikan terhadap YB tu sangat meriah kerana ianya untuk kepentingan pelajar, malah YB tu datang dari parti pemerintah yang semua tahu memiliki banyak peruntukan yang boleh membantu pelajar-pelajarnya. Pemikiran orang cina sangat terbuka luas mereka sanggup mengenepikan fahaman politik demi kepentingan anak bangsanya. Tapi sedih bagi orang Melayu kerana memiliki golongan pendidik seperti ini yang sanggup mengenepikan kepentingan anak bangsanya demi fahaman politik. Apakah guru-guru zaman ini bukan lagi pejuang seperti suatu ketika dahulu.
Suatu ketika dahulu guru adalah golongan kelas atasan yang sangat dihormati segenap lapisan masyarakat. Pendapat dan pemikiran golongan guru pada ketika itu juga pasti akan diterima pakai oleh masyarakat kerana mereka golongan terpelajar dan sangat berhati mulia kerana sanggup bersusah-payah untuk mendidik anak bangsa. Mereka sanggup meredah embun pagi ke pendalaman dengan laluan yang semua tahu sangat berliku dan sangat mendaifkan. Tetapi segala kepayahan itu dianggap sekadar cabaran demi perjuangan untuk mendidik anak bangsanya agar mencapai kejayaan. Guru-guru pada ketika itu juga adalah pencetusnya daya pemikiran untuk membuka minda orang-orang melayu demi menuntut kemerdekaan. Kita boleh kata guru-guru pada ketika itu juga adalah penyumbang kearah kemerdekaan dan kemajuan Negara mengisi kemerdekaan.
Benar bukan semua guru zaman ini memiliki akal yang dangkal tetapi aku berani kata sebahagian kecilnya sahaja yang memiliki semangat juang seperti golongan dahulu. Adakah kerana terlalu dimanjakan dengan tambahan itu dan ini membuatkan mereka alpa dan leka dengan kesenangan yang ada. Mereka sudah senang dan hidup mewah tidak lagi perlu bersusah payah seperti guru zaman daluhu. Sudah ada kereta besar dan rumah yang besar jua, Datang sekolah untuk mendapat gaji yang lumayan bukan niat kerana Allah S.W.T dan semangat perjuangan. Untuk apa lagi memikirkan anak bangsa mereka sudah selesa dengan apa yang ada. Apa yang mereka pegang adalah UMNO itu penuh rasuah-rusuah dan rasuah. Kalaulah UMNO itu penuh dengan rasuah aku rasa pasti semua rumah ketua-ketua cawangan adalah terdiri dari rumah banglo dan vila-vila tapi apa yang kita dapat lihat sekarang guru-guru memikili rumah yang besar-besar dan banglo-banglo. Juga kakitangan kerajaan yang lain. Mereka umpama anjing yang menggigit tuan yang memberi makan. Apa bila rasuah yang dituduh UMNO hakikatnya kakitangan kerajaan yang makan rasuah. Dan tanyalah, UMNO ke kakitangan kerajaan yang makan rasuah nie, UMNO ke kontraktor yang berrasuah nie, UMNO ke jurutera yang banyak nak bersuap nie, UMNO ke juruteknik-juruteknik yang nak makan kopi nie. Sedarlah wahai guru-guru, walau pun aku tahu seruan aku ini akan dijejek oleh kamu. Jangan lah kamu yang menjadi golongan yang akan kuburnya dikencing oleh anak cucu kelak kerana bukan lagi pejuang, kerana telah merosakkan pemikiran anak bangsanya dengan dakyah-dakyah pembangkang yang bukan lagi adil kini, bukan lagi Islam kini tetapi balaci DAP kini.

Tuesday, November 3, 2009

Kenapa Dr Asri ditahan?????

Adakah kerana tulisannya, dan pendekatan yang di bawa oleh beliau boleh menjejaskan sesetengah pihak? JAIS dah tak orang yang buat maksiat yang nak ditangkap malam tu kot? Atau Selangor dah cukup bersih dari maksiat sejak diperintah oleh PR nie, Kalau betul cayalah dengan PR nie, Maklumlah PR kan menegakkan Islam, Malaungkan Keadilan dan memartabatkan Malaysian-malaysian, mesti hebatkan, sejak kegemilangan PR ni lah kita nampak kehebatan pemerintahan, dulu mana ada kuil nak didirikan kat penempatan melayu diatas kehebatan PR sekarang dah ada, dulu mana ada orang boleh pertikaikan lauangan azan, tapi dek perjuangan PAS selangor yang mantap kan dah boleh orang bukan Islam pertikaikan Azan, Dulu mana peruntukan untuk ternak babi tapi dek kerana kebijaksanaan PAS di Selangor sekarang kan dah ada, PR sekarang memang hebat PAS dah boleh mentarbiahkan rakan-rakannya dalam PKR dan DAP itu sebabnya pemimpin PKR dan DAP yang bukan Islam pun dah pandai berhujah mempergunakan Al-Quran & Hadis

Monday, November 2, 2009

Kafir Harbi & Kafir Zimmi

Kehidupan di dalam masyarakat kita sebenarnya telah jauh lari daripada garis panduan yang diterangkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah . Islam yang sebenarnya adalah Islam yang diterjemahkan di dalam bentuk politik , ekonomi dan seluruh kehidupan kita .Misalnya , di dalam bentuk politik , sebuah negara Islam yang tertegak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan membahagikan orang yang bukan Islam kepada dua golongan .
Golongan yang pertama : Kafir harbi : iaitu kafir yang memerangi orang-orang Islam .
Golongan kedua : Kafir zimmi : kafir yang tidak memerangi orang Islam
Golongan yang kedua , adalah golongan yang tunduk dengan pemerintahan Islam . Mereka membayar jizyah ( cukai tahunan ) kepada pemerintah . Mengenai golongan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : " sesiapa yang meneyakiti zimmi , sesunguhnya ia menyakitiku , sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya ia menyakiti Allah .
Oleh itu Islam tidak menghalang kita berhubung dan berjual beli dengan golongan ini . Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 maksudnya :
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik kepada dan berlaku adil kepada kepada orang yang tidak memerangi kamu .."
Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah membeli gandum daripada seorang Yahudi secara berhutang dan menggadaikan kepada Yahudi tersebut baju rantainya .
Hadis tersebut berbunyi :
Maksudnya : " Rasullullah wafat dan baju rantainya masih tergadai di tangan Yahudi sebagai jaminan kepada 30 gantang gandum yang diambil oleh baginda .
Golongan yang kedua ( kafir harbi ) ialah golongan yang kita ditegah berhubung dengan mereka . Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan peperangan semata-mata . Kita diperintahkan memerangi mereka samada dengan tangan , lidah , hati ataupun dengan memutuskan sebarang kegiatan berjual beli dengan mereka . Ini adalah kerana apabila seseorang itu berjual beli dengan kafir harbi bermakna ia membantu musuh tersebut di dalam memerangi Islam .
Apa yang disebutkan ini adalah mengenai kedudukan orang bukan Islam di dalam NEGARA ISLAM yang kita impi-impikan . Mengenai berjual beli dengan orang bukan Islam di zaman sekarang ,di dalam keadaan masyarakat yang jauh daripada petunjuk Islam ,sekiranya mereka menunjukkan permusuhan yang nyata kepada Islam seperti membunuh umat Islam dan sebagainya ,maka Dr.Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa golongan tidak dibolehkan kepada kita untuk berjual beli dengannya .
Siapa kafir harbi di Malaysia ? Siapa Kafir Zimmi di Malaysia?

Sunday, October 25, 2009

7 Dalil mengapa UMNO tidak layak dikatakan Parti memperjuangkan Islam

1) Sebahagian Pemimpin Muslimah dan Isteri Pemimpin tidak bertudung
2) Bersalaman dengan dikalangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim
3) Pemimpin lelaki tidak memakai serban dan jubah
4) Tidak menitik beratkan waktu2 solat ketika mesyuarat dan majlis2 rasmi
5) Pemimpin UMNO takut untuk menjadi Imam di Masjid2 di Kampung2 dan Bandar2
6) Kebanyakan ahli UMNO takut untuk menderma bagi perjuangan parti
7) Pemimpin UMNO tidak berhujjah berpandukan Al-Quran dan Hadis

7 Dalil mengapa PAS adalah Parti Islam

1) Pemimpin Muslimah dan Isteri Pemimpin menutup aurat sepenuhnya
2) Tidak mengalakan bersalaman dan bersentuhan diantara bukan muhrim
3) Pemimpin lelaki memakai serban dan Jubah
4) Sangat menitikberatkan waktu-waktu solat
5) Sangat suka untuk menonjolkan diri untuk menjadi Imam
6) Kebanyakan ahli PAS suka menderma untuk perjuangan Parti
7) Mempergunakan Al-Quran dan Hadis dalam hujah-hujah mereka