Saturday, February 20, 2010

Mari mengulangkaji

Rukun Islam ada lima pekara :
1) Mengucap dua kalimah Syahadah
2) Mendirikan Solat lima waktu sehari semalam
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Mengeluarkan Zakat
5) Menunaikan Haji ke Baitullah jika mampu

Rukun Iman
Iman adalah keyakinan dalam hati, diucapkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan
1) Percaya kepada Allah S.W.T
2) Percaya kepada Malaikat
3) Percaya kepada Kitab
4) Percaya kepada Rasul
5) Percaya kepada Hari Kiamat
6) Percaya kepada Qada' dan Qadar

Sifat 20 : Sifat-sifat wajib bagi Allah S.W.T
1) Wujud = ada
2) Qidam = terdahulu
3) Baqa = Kekal
4) Mukhalafatuhu lilhawadis = Tidak sama dengan yang baru
5) Qiyaamuhu binafsih = berdiri sendiri
6) Wahdaniyah = Satu @ tunggal
7) Qudrat = Kuasa
8) Iradah = Menentukan
9) Imu = Tahu
10) Hayat = Hidup
11) Samaq = Mendengar
12) Bashar = Melihat
13) Kalaam = Berkata-kata
14) Qadiran = Berkuasa
15) Muridan = Menentukan
16) Aliman = Mengetahui
17) Hayyan = Hidup
18) Sami'an = Mendengar
19) Bashiran = Melihat
20) Mutakalliman = Berkata

Benar, apa yang tercatat ini adalah asas kepada Islam dengan kiasan adalah tunjung pokok dalam Islam. Tetapi sejauh manakah kita memahami perkara asas dan pokok dalam Islam, rasanya ramai juga ahli-ahli politik tak kira PAS atau UMNO perlu kembali meneliti pekara pokok ini, bagi benar-benar memahami aspirasi Islam dalam perjuangan

Thursday, February 18, 2010

Siapa yang terdesak sebenarnya ? Perjuangan Agama dan Bangsa atau Perjuangan UMNO. Aku ada mengikuti Program Lawatan Kerja satu Ahli Parlimen Barisan Nasional ke sebuah sekolah menengah dan biasalah aku suka duduk dibelakang-belakang untuk mendengar komen orang ramai. Dan dua orang tenaga pengajar yang aku kira-kira seorang tu ustaz dan seorang tu cikgu biasa. Cikgu biasa tu kata “ Saya tak suka program-program macam nie”. Dan ustazz tu pula menjawab “Aku rasa UMNO nie dah terdesak tu yang buat program turun padang macam nie”. Aku rasa jengkelnya pemikiran dua orang insan yang bergelar pendidik. Malah aku lihat seorang demi seorang guru-guru lelaki yang berketayap putih beransur-ansur keluar dewan. Ahli Parlimen tu mewakili kerajaan membuat lawatan ke sekolah untuk kepentingan pelajar-pelajar yang putaranya beragama Islam dan berbangsa melayu. Usaha dilakukan untuk kepentingan para pelajar malah yang aku dengar Sekolah tu adalah dalam kawasan Kampung halaman YB tersebut. Ini adalah satu kisah terpencil yang kebetulan aku sendiri lihat Aku rasa yang terdesak sebenarnya adalah Islam dan Melayu. Sangat terdesak kerana memiliki warga pendidik yang berpemikiran sempit.
Aku rasa kalau YB tu datang ke sekolah cina sambutan yang diberikan terhadap YB tu sangat meriah kerana ianya untuk kepentingan pelajar, malah YB tu datang dari parti pemerintah yang semua tahu memiliki banyak peruntukan yang boleh membantu pelajar-pelajarnya. Pemikiran orang cina sangat terbuka luas mereka sanggup mengenepikan fahaman politik demi kepentingan anak bangsanya. Tapi sedih bagi orang Melayu kerana memiliki golongan pendidik seperti ini yang sanggup mengenepikan kepentingan anak bangsanya demi fahaman politik. Apakah guru-guru zaman ini bukan lagi pejuang seperti suatu ketika dahulu.
Suatu ketika dahulu guru adalah golongan kelas atasan yang sangat dihormati segenap lapisan masyarakat. Pendapat dan pemikiran golongan guru pada ketika itu juga pasti akan diterima pakai oleh masyarakat kerana mereka golongan terpelajar dan sangat berhati mulia kerana sanggup bersusah-payah untuk mendidik anak bangsa. Mereka sanggup meredah embun pagi ke pendalaman dengan laluan yang semua tahu sangat berliku dan sangat mendaifkan. Tetapi segala kepayahan itu dianggap sekadar cabaran demi perjuangan untuk mendidik anak bangsanya agar mencapai kejayaan. Guru-guru pada ketika itu juga adalah pencetusnya daya pemikiran untuk membuka minda orang-orang melayu demi menuntut kemerdekaan. Kita boleh kata guru-guru pada ketika itu juga adalah penyumbang kearah kemerdekaan dan kemajuan Negara mengisi kemerdekaan.
Benar bukan semua guru zaman ini memiliki akal yang dangkal tetapi aku berani kata sebahagian kecilnya sahaja yang memiliki semangat juang seperti golongan dahulu. Adakah kerana terlalu dimanjakan dengan tambahan itu dan ini membuatkan mereka alpa dan leka dengan kesenangan yang ada. Mereka sudah senang dan hidup mewah tidak lagi perlu bersusah payah seperti guru zaman daluhu. Sudah ada kereta besar dan rumah yang besar jua, Datang sekolah untuk mendapat gaji yang lumayan bukan niat kerana Allah S.W.T dan semangat perjuangan. Untuk apa lagi memikirkan anak bangsa mereka sudah selesa dengan apa yang ada. Apa yang mereka pegang adalah UMNO itu penuh rasuah-rusuah dan rasuah. Kalaulah UMNO itu penuh dengan rasuah aku rasa pasti semua rumah ketua-ketua cawangan adalah terdiri dari rumah banglo dan vila-vila tapi apa yang kita dapat lihat sekarang guru-guru memikili rumah yang besar-besar dan banglo-banglo. Juga kakitangan kerajaan yang lain. Mereka umpama anjing yang menggigit tuan yang memberi makan. Apa bila rasuah yang dituduh UMNO hakikatnya kakitangan kerajaan yang makan rasuah. Dan tanyalah, UMNO ke kakitangan kerajaan yang makan rasuah nie, UMNO ke kontraktor yang berrasuah nie, UMNO ke jurutera yang banyak nak bersuap nie, UMNO ke juruteknik-juruteknik yang nak makan kopi nie. Sedarlah wahai guru-guru, walau pun aku tahu seruan aku ini akan dijejek oleh kamu. Jangan lah kamu yang menjadi golongan yang akan kuburnya dikencing oleh anak cucu kelak kerana bukan lagi pejuang, kerana telah merosakkan pemikiran anak bangsanya dengan dakyah-dakyah pembangkang yang bukan lagi adil kini, bukan lagi Islam kini tetapi balaci DAP kini.